Didalam proses menaik taraf Surau Nurul Iman kepada Masjid Nurul Iman. Sumbangan dana tuan/puan diperlukan. Nombor akaun MAYBANK WADIAH CURRENT ACCOUNT :*** 562786067119 ***

Kelebihan bersedekah & infaq

Kelebihan bersedekah & infaq

16 March 2015

Sejarah Kampung Lombong & Sejarah Surau Nurul Iman



Kampung Lombong yang terletak dilokasi GPS 2.9785396, 101.5566819 ialah sebuah kampung dibawah pihak berkuasa tempatan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) juga dikenali sebagai Seksyen 29. Pada pagi Sabtu 28 March 2015, penulis bersama seorang sahabat ditemani  oleh Tuan Haji Ranom bin Parman (berumur 75 tahun). menziarahi seorang lelaki tertua yang masih hidup di kampung ini. Tujuan lawatan ialah untuk mendapatkan maklumat sejarah kampung lombong. Beliau ialah Mohtasar bin Sairi (berumur 79 tahun, lahir pada 22 Ogos 1936). Bapa beliau yang juga dikenali sebagai Sastro Wirajoyo berasal dari Banjarwangi, Jawa. Sekitar tahun 20an ke 30an dahulu, Haji Deraman Sagor meneroka satu kawasan yang ketika itu belum diberi nama. Ketika beliau berulangalik mengusahakan tanah terokaan ketika itu maka wujudlah nama lombong yang terhasil dari sapaan orang "nak kemana?" maka dijawabnya "ke lombong". Ketika itu perlombongan bijih berlaku di kawasan yang sekarang ini dikenali nama Kota Kemuning (Seksyen 31). Sistem perlombongan tembak air & korek dipraktikkan ketika itu. Bilangan penduduk hanya sekitar 20 orang. Sekitar tahun 1987, atas usaha Tuan Haji Moktasar & Tuan Haji Masrun usaha penubuhan surau telah dijalankan dan mendapat kerjasama dari penduduk setempat. Arwah Haji Mursid telah mewakafkan tanah kebun beliau untuk pembangunan surau yang pertama. Terbinanya surau yang pertama ini diimamkan oleh Tuan Hj Sairi Bin Mat Isa selaku imam pertama, kemudiannya diganti pula oleh Arwah Haji Basiron selaku imam kedua (Arwah Haji Basiron meninggal tahun 2006), seterusnya dilapis pula oleh Tuan Hj Sahak Bin Bahari selaku imam ketiga. Antara jasa lain Tuan Haji Moktasar yang juga selaku JKK Jalan Kebun ketika itu ialah membangungan keperluan infrastruktur asas yang lain seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan air paip dan lain-lain. Semenjak itu surau telah melalui 4 kali pengubahsuaian bagi menampung kapasiti penduduk yang makin bertambah. Pada tahun 2013 : Ubahsuai bahagian belakang dilakukan bagi menampung kapasiti solat Jumaat.  Pada tahun 2015(March) : Ubahsuai meliputi kawasan kiri kanan surau dilakukan, juga bagi menampung kapasiti solat Jumaat. Pada tahun 2018 sekali lagi penambahan ruang solat dibahagian belakang sehingga rapat ke pagar, sisi kiri pula dilebar sehingga separuh tapak parking kereta, sisi kanan dilebarkan dengan memindah tempat wuduk

Sedikit tentang sejarah penduduk :
Pada tahun 2014 hanya terdapat 5 taman perumahan yang didiami (Taman Wijaya, Taman Alam Jaya 3, Taman Muhammad 2, Taman Muhammad 3, Taman Muhammad 4, Taman Damai Dahlia). Peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2016 selepas IJM menyiapkan laluan terus dari Kota Kemuning ke bandar Rimbayu melalui Kampung Lombong menjadikan keseluruhan taman ialah 19 buah taman perumahan yang didiami.
Menjelang hujung tahun 2018, tambahan 23 taman lagi menjadikan jumlah kesemua taman sebanyak 28 buah taman telah didiami iaitu :
Nama taman Jalan Kecil taman Jalan Utama
1 Taman Damai Dahlia Jalan Lombong Perak 29/3 Jln Lombong Besi 2
2 Taman Lombong Perak Jalan Lombong Perak 29/3A Jln Lombong Besi 2
3 Taman Armada Jln Lombong Besi 29/18 Jln Lombong Besi 3
4 Taman Teratai 1 Jln Lombong Besi 29/22 Jln Lombong Besi 3
5 Taman Teratai 2 Jln Lombong Besi 29/24 Jln Lombong Besi 3
6 Taman Alam Jaya 3 Jln Lombong Perak 29/16 Jln Lombong Perak 2
7 Taman Muhammad 2 - Jln Lombong Perak 2
8 Taman Muhammad 3 - Jln Lombong Timah 3
9 Taman Muhammad 4 - Jln Lombong Perak 2
10 Taman Mawar Jalan Lombong Perak 29/15 Jln Lombong Perak 3
11 Taman Rafflesia 1 Jalan Lombong Perak 29/25 Jln Lombong Perak 2
12 Taman Tulip 2 Jalan Lombong Besi 29/28 Jln Lombong Besi 2
13 Taman Tulip 3 Jln Lombong Besi 29/54 Jln Lombong Besi 2
14 Taman Anggerik Permai 1 Jalan Lombong Timah 29/30 Jln Lombong Timah 2
15 Taman 29/17A Jln Lombong Emas 29/17A Jln Lombong Emas 2
16 Taman Orkid Impiana Jalan Lombong Perak 29/20 Jln Lombong Perak 2
17 Taman Amanda Jln Lombong Emas 29/18A Jln Lombong Emas 2
18 Taman Wijaya - Jln Lombong Besi 2
19 Taman Anggerik Kencana Jln Lombong Perak 29/21 Jln Lombong Perak 2
20 Taman Anggerik Permai(Amani) Jalan Lombong Timah 29/31 Jln Lombong Timah 2
21 Taman Anggerik Permai 2 Jalan Lombong Besi 29/34 Jln Lombong Besi 2
22 Taman Armada 3 Jalan Lombong Emas 29/35 Jln Lombong Emas 2
23 Taman Orkid Maju Jalan Lombong Timah 29/37 Jln Lombong Timah 2
24 Taman Dahlia 4 Jalan Lombong Besi 29/38 Jln Lombong Besi 2
25 Taman Anggerik Permai 1 Jalan Lombong Timah 29/39 Jln Lombong Timah 2
26 Taman Alam Jaya 2 Jalan Lombong Timah 29/9 Kg Jaya Sepakat
27 Taman Anggerik Permai Jalan Lombong Timah 29/1 Jln Lombong Timah 2
28 Taman Dahlia 5
Jln Lombong Besi 29 /19 Jln Lombong Besi 2
29 Taman Teratai 4
Jln Lombong Besi 29 /46 Jln Lombong Besi 3
30 Taman Lombong Emas 29/33
Jln Lombong Lombong Emas 29/33 Jln Lombong Emas 2
31 Taman Melur
Jln Lombong Timah  29 /45 Jln Lombong Timah 4
32 Taman Tulip 1
Jln Lombong Besi 29 /40 Jln Lombong Besi 2
33 Taman Lombong Timah 29/43 Jln Lombong Besi 29 /46 Jln Lombong Timah 4



















































































































8 comments:

  1. Tuan, sekarang ni Oktober 2020. Mohon saya bertanya, Wak Mohtasar masih ada?

    ReplyDelete
  2. SEJARAH KAMPUNG LOMBONG DAN SURAU NURUL IMAN.

    Kampung Lombong seksyen 29 Shah Alam adalah salah sebuah Kampung yang berada dibawah pentadbiran pihak PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    Sejarah penerokaan Kampung Lombong telah diceritakan oleh seorang penduduk yang juga merupakan antara individu yang banyak membawa perubahan dan kemajuan Kampung pada ketika itu, iaitu Almarhum Tuan Mokhtasar bin Sairi. Lahir pada 22 Ogos 1936 dan telah kembali kerahmatullah pada 02 Disember 2022. Bapa beliau yang juga dikenali sebagai Sastro Wirajoyo berasal dari Banjarwangi, Jawa. Sekitar tahun 20an ke 30an dahulu.

    Antara lain jasa besar Tuan Mokhtasar yang juga selaku Ajk JKKK Kampung Jalan Kebun ketika itu, beliau telah berjaya membangunkan infrastruktur keperluan asas Kampung seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan air paip dan lain-lain.

    Menurut kisahnya, Haji Deraman Sagor merupakan peneroka asal Kampung Lombong yang ketika itu belum diberi nama. Terhasilnya nama Kampung Lombong apabila beliau sering berulang alik meneroka ketika itu, sehingga la berlaku pertanyaan dari orang yang bertanya "nak kemana?" maka dijawabnya "ke lombong". Perlombongan bijih berlaku di kawasan yang sekarang ini dikenali Taman Mas . Sistem perlombongan tembak air & korek dipraktikkan ketika itu. Bilangan penduduk hanya sekitar 20 orang.

    Surau Nurul Iman Kampung Lombong di bina sekitar tahun 1990an. Ia juga diatas usaha Tuan Mokhtasar Sairi bersama penduduk yang ada pada ketika itu telah membina Surau diatas tanah ini, yang telah diwakafkan oleh Almarhum Tuan Haji Mursid. Sebelum adanya Surau di Kampung Lombong seluruh penduduk menunaikan Solat berjemaah ketika itu disurau lama Kg Jaya Sepakat.

    Setelah terbinanya surau Nurul Iman Tuan Haji Sairi Isa telah dilantik menjadi Imam yang pertama pada masa itu. Kemudian pada tarikh 13 Mac 2013 pihak Surau Nurul Iman diketuai Tuan Hj Sairi Isa, selaku Pengerusi Surau telah membuat permohonan kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat kepada Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dan telahpun mendapat kelulusan serta kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat sementara.

    Semenjak itu surau ini telah beberapa kali melalui proses pengubahsuaian ianya bagi menampung kapasiti jemaah yang makin bertambah. Pada mulanya pengubahsuain telah dilakukan dibahagian belakang. Setelah itu pada Mac tahun 2015 berlaku lagi pengubahsuaian meliputi kawasan kiri dan kanan surau, juga bagi menampung kapasiti jemaah yang kian bertambah.

    Kemudian pada tahun 2018 sekali lagi telah berlaku pengubahsuaian besar iaitu penambahan dibahagian ruang solat belakang, disisi kiri dan kanan pula dilebarkan. Dan ia dianggarkan boleh menampung sekitar 1,400 orang jemaah dalam satu masa sehingga la ke harini.

    ReplyDelete
  3. Utk thn 1987 adalah thn dimana surau jaya sepakat ditubuhkan

    ReplyDelete
  4. Kg lombong pernah mengalami banjir besar pada tahun 1993 selama 3 bulan lamanya barulah air surut.Semua penduduk telah di pindahkan ke kawasan estet tangamali perumahan staff pekerja-pekerja ladang .Semasa banjir berlaku keajainan telah berlaku dimana surau nurul iman terselamat dari musibah banjir walaupun disekitarnya penuh dengan air.

    ReplyDelete
  5. Hj Nordin adalah insan yang telah menamakan surau kg lombong dgn nama Surau Nurul Iman.

    ReplyDelete
  6. dari segi keselamatan penduduk sekitar kampung lombong selepas banjir besar, masih selamat warga kg lombong?

    ReplyDelete
  7. Cool and that i have a keen give: Who Repairs House Windows Near Me split level home renovation

    ReplyDelete