Didalam proses menaik taraf Surau Nurul Iman kepada Masjid Nurul Iman. Sumbangan dana tuan/puan diperlukan. Nombor akaun MAYBANK WADIAH CURRENT ACCOUNT :*** 562786067119 ***

Kelebihan bersedekah & infaq

Kelebihan bersedekah & infaq

20 June 2023

Sejarah Nama Jalan di Kampung Lombong Shah Alam

 Nama galian Emas, Besi, Perak & Timah diguna pakai sebagai nama jalan di Kampung Lombong sekarang ini.

Tahukah anda bahawa nama asal jalan-jalan disini adalah nama buah-buahan tempatan. 

Penulis telah dapat maklumat ini dari Tuan Haji Manap bin Chut, beliau adalah merupakan penduduk asal kampung ini. (juga Pengerusi ke 3 Surau Nurul Iman)

Menurut beliau nama-nama jalan ini telah diubah oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2000 sempena pengiktirafan Shah Alam sebagai Bandaraya.

                         

Jalan Lombong Emas 2 & 3 (Jalan Rambutan)

Jalan Lombong Perak 2 & 3 (Jalan Pulasan)

Jalan Lombong Besi 2 & 3  (Jalan Cempedak)

Jalan Lombong Timah 2 & 3(Jalan Delima)

Jalan Lombong Timah 4 (Jalan Nangka)

Sejarah Pengerusi Surau Nurul Iman Kpg Lombong

 Berikut adalah senarai nama yang telah memegang jawatan Pengerusi Surau Nurul Iman Kpg Lombong

1) Mohtasar bin Sairi ( 1987 ~  **** )

2) Haji Mahmud Bin Hussin (**** ~ ****)

3) Haji Manap bin Chut ( **** ~ **** )

4) Haji Nordin bin Jalaluddin ( **** ~ **** )

5) Haji Sairi bin Mat Isa ( 2017 ~ 2019 )

6) Mohd Noor bin Basiron ( 2020 ~2022 )

7) Mohd Noor bin Basiron ( 2023 ~2025 )

07 June 2016

KISAH BENAR:  "MATI HIDUP SEMULA"

Katakan lah kita dah mati, kalau Allah bagi kita peluang untuk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat? Adakah solat?, baca Quran?, puasa?, sedekah?

Jawapannya adalah : SEDEKAH

Al Quran Surah Al Munafiqun ayat 9 & 10:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Surah Al Munafiqun ayat 9)

Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"  (Surah Al Munafiqun ayat 10)

Pihak Surau Nurul Iman hendak menaiktaraf surau sedia ada dengan membina sebuah Masjid bersebelahan surau sedia ada ini.
Dengan itu bantuan dana amat diperlukan bagi merealisasikan tujuan murni ini.

Sumbangan boleh disalurkan kepada :J/K PEMBANGUNAN MASJID NURUL IMAN
MAYBANK WADIAH CURRENT ACCOUNT : 562786067119

Hubungi:
Ir Haji Azman Talib : 019-9533895
Haji Azmi bin Mohd Yusoff : 012-3799737

Mohd Azhar Hussain: 012-6543204
 


Aktiviti Ramadhan 2016 :

Selain solat Tarawikh, pihak Surau ada menyediakan ibadah berbuka puasa pada setiap hari. Juadah Moreh juga disediakan setiap malam iaitu berbagai aneka bubur untuk agihan.
Pada tahun ini (2016) , pihak surau melakukan kutipan wang RM20 bagi setiap rumah untuk melaksanakan program moreh ini. Seterusnya pihak Biro Kebajikan menguruskan juadah moreh. Berbanding tahun lepas, penggiliran membawa juadah mengikut jadual rumah-rumah.

Selain aktiviti harian (solat jemaah 5 waktu) dan mingguan (solat Jumaat), pihak surau juga telah merangka program majlis ilmu yang hampir setiap malam berlangsung sepanjang tahun.


24 March 2015

Sumbangan individu : Mimbar Khutbah

Pada March 2015 Mimbar lama telah diganti baru. Pembiayaan sepenuhnya oleh individu prihatin. Alhamdulillah & Terima Kasih kepada penyumbang.

16 March 2015

Sejarah Kampung Lombong & Sejarah Surau Nurul Iman



Kampung Lombong yang terletak dilokasi GPS 2.9785396, 101.5566819 ialah sebuah kampung dibawah pihak berkuasa tempatan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) juga dikenali sebagai Seksyen 29. Pada pagi Sabtu 28 March 2015, penulis bersama seorang sahabat ditemani  oleh Tuan Haji Ranom bin Parman (berumur 75 tahun). menziarahi seorang lelaki tertua yang masih hidup di kampung ini. Tujuan lawatan ialah untuk mendapatkan maklumat sejarah kampung lombong. Beliau ialah Mohtasar bin Sairi (berumur 79 tahun, lahir pada 22 Ogos 1936). Bapa beliau yang juga dikenali sebagai Sastro Wirajoyo berasal dari Banjarwangi, Jawa. Sekitar tahun 20an ke 30an dahulu, Haji Deraman Sagor meneroka satu kawasan yang ketika itu belum diberi nama. Ketika beliau berulangalik mengusahakan tanah terokaan ketika itu maka wujudlah nama lombong yang terhasil dari sapaan orang "nak kemana?" maka dijawabnya "ke lombong". Ketika itu perlombongan bijih berlaku di kawasan yang sekarang ini dikenali nama Kota Kemuning (Seksyen 31). Sistem perlombongan tembak air & korek dipraktikkan ketika itu. Bilangan penduduk hanya sekitar 20 orang. Sekitar tahun 1987, atas usaha Tuan Haji Moktasar & Tuan Haji Masrun usaha penubuhan surau telah dijalankan dan mendapat kerjasama dari penduduk setempat. Arwah Haji Mursid telah mewakafkan tanah kebun beliau untuk pembangunan surau yang pertama. Terbinanya surau yang pertama ini diimamkan oleh Tuan Hj Sairi Bin Mat Isa selaku imam pertama, kemudiannya diganti pula oleh Arwah Haji Basiron selaku imam kedua (Arwah Haji Basiron meninggal tahun 2006), seterusnya dilapis pula oleh Tuan Hj Sahak Bin Bahari selaku imam ketiga. Antara jasa lain Tuan Haji Moktasar yang juga selaku JKK Jalan Kebun ketika itu ialah membangungan keperluan infrastruktur asas yang lain seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan air paip dan lain-lain. Semenjak itu surau telah melalui 4 kali pengubahsuaian bagi menampung kapasiti penduduk yang makin bertambah. Pada tahun 2013 : Ubahsuai bahagian belakang dilakukan bagi menampung kapasiti solat Jumaat.  Pada tahun 2015(March) : Ubahsuai meliputi kawasan kiri kanan surau dilakukan, juga bagi menampung kapasiti solat Jumaat. Pada tahun 2018 sekali lagi penambahan ruang solat dibahagian belakang sehingga rapat ke pagar, sisi kiri pula dilebar sehingga separuh tapak parking kereta, sisi kanan dilebarkan dengan memindah tempat wuduk

Sedikit tentang sejarah penduduk :
Pada tahun 2014 hanya terdapat 5 taman perumahan yang didiami (Taman Wijaya, Taman Alam Jaya 3, Taman Muhammad 2, Taman Muhammad 3, Taman Muhammad 4, Taman Damai Dahlia). Peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2016 selepas IJM menyiapkan laluan terus dari Kota Kemuning ke bandar Rimbayu melalui Kampung Lombong menjadikan keseluruhan taman ialah 19 buah taman perumahan yang didiami.
Menjelang hujung tahun 2018, tambahan 23 taman lagi menjadikan jumlah kesemua taman sebanyak 28 buah taman telah didiami iaitu :
Nama taman Jalan Kecil taman Jalan Utama
1 Taman Damai Dahlia Jalan Lombong Perak 29/3 Jln Lombong Besi 2
2 Taman Lombong Perak Jalan Lombong Perak 29/3A Jln Lombong Besi 2
3 Taman Armada Jln Lombong Besi 29/18 Jln Lombong Besi 3
4 Taman Teratai 1 Jln Lombong Besi 29/22 Jln Lombong Besi 3
5 Taman Teratai 2 Jln Lombong Besi 29/24 Jln Lombong Besi 3
6 Taman Alam Jaya 3 Jln Lombong Perak 29/16 Jln Lombong Perak 2
7 Taman Muhammad 2 - Jln Lombong Perak 2
8 Taman Muhammad 3 - Jln Lombong Timah 3
9 Taman Muhammad 4 - Jln Lombong Perak 2
10 Taman Mawar Jalan Lombong Perak 29/15 Jln Lombong Perak 3
11 Taman Rafflesia 1 Jalan Lombong Perak 29/25 Jln Lombong Perak 2
12 Taman Tulip 2 Jalan Lombong Besi 29/28 Jln Lombong Besi 2
13 Taman Tulip 3 Jln Lombong Besi 29/54 Jln Lombong Besi 2
14 Taman Anggerik Permai 1 Jalan Lombong Timah 29/30 Jln Lombong Timah 2
15 Taman 29/17A Jln Lombong Emas 29/17A Jln Lombong Emas 2
16 Taman Orkid Impiana Jalan Lombong Perak 29/20 Jln Lombong Perak 2
17 Taman Amanda Jln Lombong Emas 29/18A Jln Lombong Emas 2
18 Taman Wijaya - Jln Lombong Besi 2
19 Taman Anggerik Kencana Jln Lombong Perak 29/21 Jln Lombong Perak 2
20 Taman Anggerik Permai(Amani) Jalan Lombong Timah 29/31 Jln Lombong Timah 2
21 Taman Anggerik Permai 2 Jalan Lombong Besi 29/34 Jln Lombong Besi 2
22 Taman Armada 3 Jalan Lombong Emas 29/35 Jln Lombong Emas 2
23 Taman Orkid Maju Jalan Lombong Timah 29/37 Jln Lombong Timah 2
24 Taman Dahlia 4 Jalan Lombong Besi 29/38 Jln Lombong Besi 2
25 Taman Anggerik Permai 1 Jalan Lombong Timah 29/39 Jln Lombong Timah 2
26 Taman Alam Jaya 2 Jalan Lombong Timah 29/9 Kg Jaya Sepakat
27 Taman Anggerik Permai Jalan Lombong Timah 29/1 Jln Lombong Timah 2
28 Taman Dahlia 5
Jln Lombong Besi 29 /19 Jln Lombong Besi 2
29 Taman Teratai 4
Jln Lombong Besi 29 /46 Jln Lombong Besi 3
30 Taman Lombong Emas 29/33
Jln Lombong Lombong Emas 29/33 Jln Lombong Emas 2
31 Taman Melur
Jln Lombong Timah  29 /45 Jln Lombong Timah 4
32 Taman Tulip 1
Jln Lombong Besi 29 /40 Jln Lombong Besi 2
33 Taman Lombong Timah 29/43 Jln Lombong Besi 29 /46 Jln Lombong Timah 4